Wednesday, March 7, 2007

BUANG BAYI

BERITA SANA-SINI.

BUANG BAYI SALAH SIAPA?

KES 1
Sorok bayi dalam beg

Oleh Amir Abd Hamid
SERI MANJUNG: Seorang pelajar sekolah menengah di sini sanggup menyembunyikan bayi yang baru dilahirkan dalam beg pakaiannya bagi mengelakkan diketahui rakan dan guru.
Dia bagaimanapun gagal menutup perbuatannya itu apabila mengalami tumpah darah ketika menjalani latihan sukan, kelmarin.Difahamkan, pelajar berusia 16 tahun itu mengandung selepas menjadi mangsa rogol ahli keluarga terdekat, bagaimanapun, polis enggan mengulas mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin apabila pelajar tingkatan empat itu mengadu sakit perut kepada seorang guru ketika latihan sukan.Dia kemudian dibawa ke bilik rawatan sekolah.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata beberapa rakan mendapati pelajar itu semakin lemah dan pucat kerana mengalami pendarahan yang banyak.Beliau berkata, rakan pelajar itu seterusnya melaporkan kepada guru bertugas.Zainuddin berkata, guru berkenaan yang bimbang dengan keadaannya segera membawa pelajar terbabit ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menjalani rawatan lanjut.“Doktor yang merawat pelajar itu akhirnya berjaya mengesan pelajar terbabit baru saja melahirkan anak.“Pada mulanya dia tidak mengaku dia sudah melahirkan anak tetapi selepas didesak berkali-kali oleh doktor, akhirnya dia memberitahu anak yang dilahirkan itu disimpan di dalam beg yang dibawa bersama ke hospital itu,” katanya ketika dihubungi.Doktor terus membuka beg pakaian yang dibawa pelajar itu tetapi mendapati bayi perempuan berkenaan sudah meninggal dunia.Beliau berkata, polis masih menyiasat kes berkenaan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir ketika dihubungi, berkata beliau menganggap perkara itu serius dan meminta polis segera menjalankan siasatan.Katanya, pengurusan sekolah belum menghantar laporan berhubung kes itu.“Pelajar itu akan dibela dan siasatan menyeluruh perlu untuk mencari punca sama ada berlaku unsur jenayah seperti kes rogol atau dera terhadapnya,” katanya.



KES 2

Gambar ini sebenarnya, bukanlah gambar anak aku, bukan juga gambar aku masa kecik,dan jauh sekali gambar aku yang terkini.Untuk yang tidak tahu, gambar ini sebenarnya diambil dari surat khabar Sinar Harian 3/2/07, milik Kumpulan Karangkraf.Mengikut dari yang dilaporkan, bayi ini telah dibuang di sebuah rumah di Kampung Telok Kemunting, Bachok. Bayi ini telah ditinggalkan di depan pintu rumah seorang bidan. Menurut bidan tersebut, semasa bayi itu ditemui, berdasarkan kepada kesan darah yang sudah membeku yang melekat ditubuh bayi berkenaan, usia bayi itu adalah lebih kurang tiga jam.Semasa ditemui, bayi tersebut berkeadaan sihat dengan tali pusat yang sudah pun dipotong, tetapi tidak diikat.Sebenarnya ini adalah kes kedua, ada seorang lagi yang dilaporkan oleh akbar yang sama juga pada 2/2/07, bayi tersebut telah pun meninggal dunia. Bayi itu telah ditinggalkan di tepi sungai, dan dijumpai oleh sepasang suami isteri yang melalui kawasan itu. Sebenarnya, aku ingin letak gambarnya sama, tapi, entah ke mana hilangnya surat khabar tu.Entah apa jenama manusia yang sanggup buang bayi secomel ini kan. Tak guna* sungguh mereka tu.Mengikut satu ceramah yang pernah aku dengar, dari Ustaz Shahril Long, seramai lebih kurang 60,000 bayi tidak sah taraf telah didaftarkan di JPN (aku lupa tempoh masanya, maaf). Dengan separuh darinya adalah berbangsa melayu. Memalukan sungguh.

Amuk~~Dalam SemakDalam semak dalam longkangYang dibungkus yang telanjangAda yang masih hidupAda juga yang tidak lagiHai bernyawaTepi surau tepi sekolahTak dihirau tak diendahAda bayi masih merahDitinggalkan manusiaTak bermaruahDi mana jiwamu di manaRasa belas ikhsan rasa kecintaanDemi menutup malu dan terhinaSi kecil rela kau persiakanKaulah syaitan bertopengkan insanTahu makan tak tahu simpanSedangkan yang bernama haiwanTidak membuang anak yang dilahirkanDemi nama kedudukanTakut malu tidak takut dosaGembiralah masa mudamuSambil menabung dosa sampai tuaHey....Tangisan si kecil ituMenagih simpati ibu dan ayahDan emgkau pun berlaluSeolah-olah tiada bersalah

KES 3

Hukum juga ‘si bapa’ -- Cadangan KPN bagi membendung perbuatan buang bayi
Oleh Ruhaidini Abd. Kadir
KUALA LUMPUR 6 Feb. – ‘Bapa’ kepada bayi yang dibuang perlu dikenakan hukuman setimpal sama seperti wanita yang melakukan kesalahan itu sebagai usaha membendung perbuatan kejam tersebut.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika mencadangkan perkara itu menegaskan, untuk itu Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi yang diguna pakai sekarang perlu dilihat dan dikaji semula.
“Ketika ini Kanun Keseksaan mempunyai peruntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati membuang bayi.
“Namun, undang-undang ini tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan wanita yang dituduh membuang bayi itu.
“(Undang-undang) Inilah yang perlu dilihat semula agar ia memberi keadilan kepada pihak yang teraniaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita muka depan Utusan Malaysia bertajuk Angkara Siapa? yang turut menyiarkan gambar mayat seorang bayi dalam keadaan terdampar di atas rumput di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan.
Bayi berkenaan yang ditemui dengan kepala dan hidung masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam di satu lokasi lain.
Ketua Polis Negara memberitahu, hubungan sebagai anak dan bapa dapat disahkan menerusi pelbagai kaedah termasuk ujian DNA untuk mengheret si bapa ke muka pengadilan.
Mengenai sikap wanita yang sanggup mengambil tindakan di luar dugaan seperti membunuh dan membuang bayi, Musa berkata, semua pihak sepatutnya memberi sokongan moral dan emosi kepada ibu terbabit sebagai usaha melindungi bayi yang dikandung itu.
“Kita tidak boleh menghina mereka dan membiarkan perkara seumpama ini terus berlaku.
“Sebaliknya, semua pihak perlu menangani masalah ini agar punca perlakuan tidak berperi kemanusiaan yang didorong oleh perasaan buntu si ibu dapat ditangani,” katanya.
Tegas Musa, setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan mereka khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan masalah sosial.
“Gejala buang bayi ini adalah isu nasional yang perlu ditangani oleh semua pihak dan perkara paling pokok ialah didikan ibu bapa terhadap anak-anak,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, siasatan polis menunjukkan kebanyakan kes membuang bayi membabitkan wanita muda dan remaja yang mengalami trauma akibat ditinggalkan pasangan sebaik disahkan mengandung.
Wanita terbabit berasa tertekan kerana terpaksa melahirkan anak tanpa bantuan dan pada masa sama berdepan dengan tindakan undang-undang sedangkan pasangan mereka bebas begitu saja.